Monday 30 January 2012

CinTa aNtaRa kITa ~~

sejak dari dulu ,
ku menyintaimu , 
kau tahu begitu , 
namun kau berpura , 
ku masih teringat kau peluk diriku , 
yang telah membuat ku mencintaimu , 
sudah ... ,
berapa lama diriku ini tak bertemumu , 
mungkin ku harap jua , 
kau merinduku sebagaimana ku rindumu , 
cinta antara kita tiada pengahalangnya , 
walau akhir usia , 
ku menyinta dirimu ,
ku hanya menunggumu ,
mengata kau cintaku ,
ku kan berjanji menyintamu sayangg .

setelah kau pergi ,
jauh dari sisi ,
tiada ku cinta selain dirimu ,
ku ingin bersama denganmu selamanya ,
walaupun sehingga ke akhir nyawa ,
mungkin kau tak mengerti maksudku dulu ,
pada dirimu ,
kini ku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu ,
cinta antara kita tiada penghalangnya ,
walau akhir usia ku menyinta dirimu ,
ku hanya menunggumu mengata kau cintaku ,
ku kan berjanji menyintamu sayang .



Friday 27 January 2012

jika ..

jika aku dah menemukan seseorang dalam hidupku , bukan bermakna aku sudah melupakanmu . tp aku harap kau pergilah jauh dari hidupku , kerna kau tahu jika kau hadir ketika aku sudah menemuinya , aku takkan bisa menolak dirimu . meski sakit di hati , tetapi aku tidak mahu orang lain sakit kernaku . seandaimya kau tahu yg aku masih menunggumu .. kau hilang tanpa pesan , kau bahagia bersama yg lain , kau anggap aku seperti angin lalu , yang pernah hadir dan pergi begitu saja dalam hidupmu .tidakkah kau terfikir yg aku merindukanmu , tidakkah kau terfikir yg aku menunggumu , sungguh lemah hati ini untuk menyembunyikan perasaan ini . aku mengharapkan engkau rasa apa yg aku rasa , tapi mungkin aku salah .. salah mengenali kau , salah menilai kau , salah merindu kau , dan yg paling penting salah memberi hati ini kepada kau kerana kau tak merasa apa yg aku rasa , tak melihat apa yg aku lakukan . seandainya kau faham perasaan ini , seandainya kau tahu bahawa belum ada seorang pun yg boleh menggantikan tempat kau di hati ini . sebahagia mana diri ini bersama orang lain tapi itu hanyalah luaran , tidak siapa dapat melihat luka dihati , hanya diri sendiri yg tahu .
#wish u were here#

Sunday 15 January 2012

hari yang penat :)

hai readers :D assalamualaikum ,,
hope everybody happy always yea , ocay actually i baru balik dari merealise tension .HAHA nak tahu tak i jumpe sape ? i jumpe JOHAN ARIF ,, hehe yg berlakon cite cinta liyana  tu , errr cinta elysa lahh .. haish memandai je tukar .. tp ny johan arif clon punye muke dye je seiras iras johan arif tu . hee penat sangat badan , pegi jalan jalan dekat sunway pyramid tengok cite keramat :D HAHA cite yg seram tu jadi tak seram disebabkan member yg gile tengok cite hantu berdekah dekah . apa lahh ini olang , its ocay lah , at least i tak terkejut terkejut tengok cite tu . sape yg belum tengok tu g lah tengok ye .. chayokk support filem Malaysia ,, haha . tapi bagi yg ade penyakit jantung or ibu yg mengadung tu janganlah mengambil risiko nak g tengok cite tu t tak pasal pasal terberanak kat situ gux kanx .. then i pergi makan dekat shah alam n karok sekali dekat ole ole . lame da ta karok ,,bile karok je i teringat u plak tibe tibe ,,

kenapa hati kite susah untuk melupakan seseorang yg pernah hadir dalam hidup ? betullah ada org cakap kita hanya memerlukan masa satu minit untuk menyayangi orang , satu jam untuk mencintai seseorang ,, tapi kite memerlukan masa yg lame untuk melupakannya . kenapa hadir dalam hidup saya kalau cume ingin mempermainkan ? kenapa ambil berat pasal saya kalau nak hilangkan diri dari saya ? niat hati nak lupakan awk tp semakin saya cuba semakin saya engat ,, kenapa perlu engat awk kalau sikit pun awk tak ingat saya , yes im very stupid ! ocay enough bout this :D

now i dah penat + ngantuk + kenyang ,, time to sleep .huh esok dah lah i ada kelas pagi n mybe esok result keluar untuk sem satu .. takutt sangatt , rase macam tak nak pergi kolej je . wish me luck ok everybody . gudnite suwitt dream :)

Saturday 14 January 2012

shanananana :)

hai u alls selamat malam semua .. ocayy lame kan dah tak update blog ny , nak clean n clear ckit lah blog ny , da berhabuk sangat da , sarang labah labah semua ada ny . hikhik :D well busy kan plus sekarang tak tahu da mou update ape , bukannye ta de cite cume maybe cite nye agak private so rasenye tak perlu kut nak share kat sini .kan sayangg ?


actually i nak share sumthing , jum kite tengok nyh ocay , have fun dear :D


ocayy , inilah diriku yg biasa biasa saje :D
HAHA actually saje je nak post picx ny .
ha yg ny pulak my beloved mummy n daddy , grandad n grandmum n my beloved bro n younger sis <3
love them so much .
ada lagi dua org my younger bro tp da hilang entah kemana . HAHA
bergambar bersama mummy tersayang , sumpah rindu . tak sabar nak balik rumah  (dekat hostel nyh )
haha non edit , with sunglasses my uncle , sibuk je kat belakang tu :P
ocayy , actually picx ny time raye last year , tp saje nak kongsi tak salahkan :D
nmpak tak duit raya di tangan ku , ha tu maknenye i kecik lagii :P
kan kan kan .HAHA
hmm yg ny pulak fatimah azzaharah :D opps sorry she has taken by taufik , our  friend :D
she is my bff <3
n another person is ..
ha tu dia si cantik manis :P
her name is ct shahrina ,, oops she also already taken by her bf :D
no chance for u dude !
baiklahh ,, ini lah KAMI .
haha 3 sahabat <3
I LOVE YOU .
lagi sekali !
'ayat yg sumone selau cakap'  HAHA forget .
ocay this is me ,, n one more..
atoto gedik ke hape ny ? konon lah ayu HAHA .
ocayy lastly ,, this is my boyfrennngg .
name dy rocky , hari hari dy tdow dengan i .hehe
jangan jelous :P
 thats it ,, enjoy it , i wanna sleep ,, gudnite everybody :P

Friday 13 January 2012

kamoo ohh kamoo ,,

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

#ada ke awak dalam list nyh ? #

Saturday 7 January 2012

mengerti lah sikit ;)

‎-saya tak pernah sukakan awak!
(maaf.. saya tipu awk dgn kata2 sy)


-mulai hari nie, saya tak nak jumpa awak lg!
(tp lepas nie, sy yakin yg sy akn rindukan awk)
...
-sy hrp sy xpenah jmpa awk dan jgn bimbang, mulai hari nie, sy akn lupakan awk!
(bkn snang nk lupakan awk.. khdiran awk dah sebati dlm hidup sy..)

-awk... sy benci awk sgt2!
(awk.. sbnrnya sy sygkn awk sgt2)

-sy tak nak tgk awk lg, pergi, pergiiii!!!!
(awk... sy tak nak awk pergi...T_T )

kdg2 apa yg kluar dimulut xkan sama apa yg kita rasa dihati.. ♥ ♥]