Wednesday 13 March 2013

"Jaga Aurat Untuk Kita"

Assalamualaikum.
Dalam kesamaran cahaya aku menaip , menghitung segala kesalahan yang aku lakukan . sungguh tak terkira . Terfikir adakah Dia akan mengampunkan dosa hamba-Nya yang hina ini ? Si dia menyedarkan aku seketika . 3.57 pagi , mata dibasahi airmata yang menyesali akan kesalahan yang dilakukan . Aku insan tak sempurna . Alunan zikir menemani malam ku , duduk bersandar di kaki katil memangku laptop acer pemberian abah tersayang . teringat mereka yang bersusah payah bekerja mencari rezeki untuk anak anak mereka yang sangat degil, tidak mendengar kata , banyak kerenahnya . Aku , anak sulung dari lima beradik . aku yang patut menjadi contoh kepada mereka . yang patut mencorakkan akhlak dan peribadiku agar menjadi kakak yang baik . Ya Allah , kau telah mengurniakan orang orang yang baik di sekelilingku , keluarga yang amat aku cintai, adik adik yang amat aku sayangi, kawan kawan yang sangat baik dan si dia yang membuat aku tersedar dari mimpi mimpi . Sesungguhnya sangat tak tertanggung dosa dosa lalu, semalam dan hari ini . Ramai yang berkata 'Ahh nanti dah tua taubatlah' Itu hanyalah anasir anasir yang diluahkan oleh orang orang yang cetek akalnya . sampai bila ? sampai bila aku akan membiarkan ayah , abah orang yang mengazankanku ketika lahir menanggung dosaku ? Aku masih belum berkahwin . Ehh sudah tentulah dosaku kerana tidak menutup aurat ditanggung ayah . Adakan aku ,anak yang dia kasihi , anak yang dia tidak pernah hampakan , anak yang banyak permintaan tapi tetap ditunaikan , adakah aku sendiri yang akan menolaknya ke neraka di atas dosa dosaku ? Ya Allah ampuni aku . Bukakan lah pintu hatiku untuk menerima hidayah-Mu . Kata si dia , bukan kita tunggu Allah bagi hidayah dekat kita tapi kita sendiri yang kene cari hidayah tu .     Malam ni , si dia sendiri menyuarakan hasrat hati untuk manjarakkan sedikit hubungan kami , bukan kerana tak sayang tapi sebab terlalu sayang . Katanya 'kalau boleh saya nak jadikan awak wanita yang paling tinggi martabatnya, kita dah banyak buat silap, kalau boleh nak pegang tangan awak pun saya tak nak. Saya nak jadi macam kita baru mula mula kenal, awak malu dengan saya , saya malu dengan awak . kan best macam tu . Saya nak nikah dengan awak sebab tu saya buat macam ni. hanya ni je cara untuk kita elakkan diri kita dari melakukan perkara yang dilarang oleh-Nya. Saya bukan taknak jumpa awak, saya harap awak faham .perhubungan jarak jauh tu lebih indah. Jaga Aurat Untuk Kita '

Terima Kasih Ya Allah :')
Terima Kasih Saiful Safuwan Azimi :')

Ya Allah terima kasih kerana Engkau telah menghadiahkan seorang insan yang amat menyayangi-Mu lebih dariku :') Biar Rindu Asal Hati Tak Jemu .Izinkan Kami Bercinta Di Jalan-Mu Ya Allah . Assalamualaikum w.b.t